comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Selangor siasat kebakaran 14 kontena – KP Selangor

Foto Ihsan Bomba

SHAH ALAM: Polis Selangor sedang menjalankan siasatan berhubung insiden kebakaran 14 kontena di Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai insiden kebakaran itu.

“Polis ada menerima satu Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR), (laporan) diterima (menerusi) panggilan dari pihak pelabuhan.

“(Kejadian kebakaran)..masih dalam siasatan pihak bomba dan polis untuk mengesahkan sama ada (terdapat) unsur jenayah atau kebakaran biasa,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail ketika dihubungi memaklumkan operasi pemadaman kebakaran 14 kontena berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 6 petang tadi.

Semalam, Wan Md Razali mengesahkan kebakaran 14 kontena berukuran 12.1 meter setiap satu (40 kaki) itu berjaya dikawal pada jam 2.39 petang.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati semua kontena berkenaan mengandungi pelbagai barangan merangkumi kertas, besi keluli, kayu pokok pain, bahan mineral, aluminium dan mesin basuh untuk dobi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini