comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat aspek kecuaian, kes anak KPD tertembak diri sendiri

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun. – FOTO: NSTP

PAPAR: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya.

Jauteh berkata, siasatan kini dilaksanakan ke atas KPD berkenaan berikutan pistol yang dikaitkan dalam kes terbabit adalah di bawah pemilikannya.

“Secara keseluruhannya, belum ada keputusan menyeluruh tentang kes ini.

“Namun siasatan dibuat ke atas KPD Lahad Datu kerana beliau yang memiliki pistol terbabit.

“Jika ditanya tentang wujudnya sebarang unsur kecuaian dan tindakan tatatertib yang diambil, perkara itu juga masih dalam siasatan,” katanya.

Jauteh berkata demikian ketika ditemui media ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, di sini, hari ini.

Terdahulu, anak perempuan KPD Lahad Datu, dilaporkan maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu pada 16 April lalu.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya pada jam 12.42 tengah hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini