comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis terima 75 laporan berkaitan “Langkah Dubai”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

SHAH ALAM: Sejumlah 75 laporan berhubung Langkah Dubai diterima Polis Diraja Malaysia, PDRM setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata laporan itu dibuat oleh 44 orang awam dan 31 individu daripada parti politik.

“Siasatan masih mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, iaitu cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Selangor di sini pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain semalam berkata laporan polis yang dilakukan adalah berdasarkan rakaman video tiga atau empat individu yang tular berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen termasuk blogger Raja Petra Kamaruddin.

Tegas beliau, siasatan perlu dilakukan kerana perkara itu dikhuatiri akan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini