comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Premis jijik, pekerja kutip taugeh atas lantai untuk dibungkus semula 

PETALING JAYA: Kotor dan menjijikkan, itu dapatan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) sebaik melakukan operasi bersepadu ke atas 4 premis di Kompleks Pasar Borong, Pusat Bandar Utara, di ibu negara.

Operasi ini melibatkan dua buah premis penyembelihan ayam dan dua premis memproses makanan mentah iaitu taugeh.

Siasatan di premis memproses taugeh bukan sahaja terlalu kotor, bekas yang berisi taugeh terdedah dan mudah dilalui oleh tikus.

Malahan pekerja juga mengutip taugeh yang telah jatuh ke lantai untuk dibungkus semula.

Pekerja premis juga tiada suntikan typhoid serta tidak memakai pakaian yang bersih dan sesuai di dalam mengendalikan bahan mentah.

Turut diperiksa dua buah premis penyembelihan ayam.

Foto ihsan DBKL

Keadaan premis ini juga tidak banyak beza dengan premis memproses taugeh kotor, semua sisa ayam seperti bulu ayam dan darah ayam terus ke longkang awam.

Hasil siasatan Indah Water Konsortium (IWK) di dapati loji berhampiran di penuhi oleh bulu ayam dan lemak ayam.

Susulan itu tiga premis dikenakan penutupan segera di bawah Akta Makanan 1983 dan satu premis akan dibatalkan lesen.

16 kompaun kesalahan pula telah di keluarkan di bawah peruntukan UUK Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian WPKL 2016 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini