comscore
Tumpuan :
Nasional

Presiden PKBM, Abu Samah meninggal dunia

MELAKA: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

Anak keduanya, Norazman yang juga pengurus pasukan berbasikal lebuhraya negara berkata, ayahnya meninggal dunia ketika azan Maghrib di salah sebuah hospital swasta di sini selepas setahun mengidap kanser prostat tahap empat.

“Kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lalu kerana tiada selera makan,” katanya ketika dihubungi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok kira-kira 12 tengah hari esok.

Selain itu, Norazman turut berkongsi berita pemergaian bapanya di laman Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumkan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab telah meninggal dunia ketika Azan Magrib sebentar tadi.

“Jenazah akan dikebumikan jam 12 tengah hari esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok Melaka,” katanya.

Loading...
Terkini