comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Kemaman: Penamaan calon 18 November, Hari mengundi 2 Disember 2023 – SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Disember 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November depan.

Manakala, pengundian awal pula pada 28 November.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, di Menara SPR, di sini.

FOTO: NSTP

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia selepas pihak pempetisyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan berlaku perbuatan rasuah dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

 

Loading...
Terkini