comscore
Tumpuan :
Nasional

Tarikh penting PRK Kemaman dijangka diketahui hari ini

PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu di Menara SPR, Putrajaya bermula jam 10 pagi ini.

Beliau turut dijadual mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu bagi mengumumkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS selepas pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada 3 Oktober lalu, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.

Loading...
Terkini