comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 90 peratus pengundian setakat jam 1 tengah hari – SPR

FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan sebanyak 90 peratus setakat 1 tengah hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses pengundian bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di situ melibatkan dua pusat mengundi awal iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine, yang dibuka serentak 8 pagi tadi dan akan tamat pada 5 petang ini.

Proses pengundian awal itu yang melibatkan seramai 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.

PRK yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini