comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek Tebatan Banjir: Kerajaan jimat lebih RM4 bilion

Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sebanyak RM15 bilion yang diumumkan kerajaan terdahulu, berjaya dikurangkan sehingga RM10.9 bilion.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendekatan yang digunakan kerajaan sekarang lebih baik dan telus, berbanding apa dilakukan kerajaan terdahulu iaitu menerusi pemberian tender secara terbuka.

“Dengan tiada lagi pemberian tender secara rundingan terus, beliau berkata kerajaan dapat mengawal kos dan langkah itu juga dapat menjaminkan setiap projek dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

“Proses terbaharu ini, cara baharu, dipercepatkan macam pra kelayakan…tender yang kita buat. Kita nak cepatkan. Kalau nak buat sama ada reka dan bina atau tender terbuka konvensional, ia akan makan masa yang sangat lama.

“Pihak pembangkang juga tanya bila nak mula projek RTB. Jadi kita pun tahu projek itu sangat penting kepada rakyat. Justeru, kita nak cepatkan.

“Bezanya kali ini, kita buka lebih banyak syarikat untuk turut serta dan hasilnya kita mempunyai anggaran daripada pengurusan nilai kira-kira RM10.9 bilion berbanding RM15 bilion dahulu.

“Tetapi kita akan lihat bila kita lancarkan semua projek itu. Jumlah akhir iaitu anggaran awal yang kita ada tetapi di peringkat kerajaan, tidak ada lagi rundingan terus untuk membolehkan kos dikawal serta kita nak memastikan projek ini dapat dilaksanakan kepada rakyat sebaik mungkin” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Hidrogen Hijau ASEAN di ibu kota, pagi ini.

Loading...
Terkini