comscore
Tumpuan :
Nasional

Pukul guru, suri rumah dipenjara 7 tahun

KUALA TERENGGANU:Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun ke atas seorang suri rumah atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang guru yang juga jiran tertuduh 3 tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Aini Mohammad , 38 , setelah tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 326 kanun keseksaan .

Mengikut pertuduhan, pada hari kejadian tertuduh menahan mangsa yang sedang menunggang motosikal untuk berbincang masalah anak mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar.

Perbuatan itu menyebabkan tertuduh naik angin lalu memukul mangsa dengan sebatang kayu hingga menyebabkan tangan mangsa patah.

Kejadian berlaku pada 14 Julai 2020 di luar pagar rumah tertuduh di Bukit Payung , Marang Terengganu.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh sabitan hari ini.

Loading...
Terkini