comscore
Tumpuan :
Mahkamah

2 pekerja pusat hiburan dipenjara akibat curi bra dan baju tidur

KUALA TERENGGANU : Dua pekerja pusat hiburan masing masing dipenjara 14 hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mencuri pakaian dalam dan baju tidur.

Kedua-dua tertuduh Wan Nur Ishazmeen Wan Suhaimi, 25 tahun dan Northasa Sakina Setia, 24 tahun, mengaku salah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencuri dua helai baju tidur, sehelai seluar tidur dan dua set bra yang kesemuanya berjumlah RM145.

Perbuatan dilakukan di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu pada 26 Jun 2023.

Perbuatan kedua tertuduh terbongkar menerusi rakaman televisyen litar tertutup CCTV pasaraya berkenaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 411 kanun keseksaan kerana memiliki barangan curi, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 6 bulan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 380 kanun yang sama kerana mencuri, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM3,000 seorang.

Gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 6 bulan.

Hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 27 Jun 2023.

Loading...
Terkini