comscore
Tumpuan :
Nasional

Pukul guru wanita, KPM serah siasatan sepenuhnya kepada PDRM

GUA MUSANG: Susulan siasatan berhubung tindakan seorang guru yang memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di Kemaman, Terengganu, Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akur dengan setiap keputusan.

“Dalam siasatan (kes pukul guru wanita), kita serahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat dan kita akur dengan semua tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text (ERDT) Bawah Program Literasi Untuk Murid Orang Asli Dan Pribumi (Literacy Program For Orang Asli And Pribumi Children – LPOAPC), Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan guru lelaki yang dipercayai memukul rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah kuarters guru.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini