comscore
Tumpuan :
Nasional

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Almarhum Tunku Abdul Jalil

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah menunaikan solat Asar secara berjemaah bersama pegawai pengurusan dan petugas di Surau Utama Istana Negara, sebelum bacaan Yasin dan tahlil diketuai Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Ustaz Razi Hassan.

“Seri Paduka Baginda turut meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz yang hadir bersama dalam majlis santapan selepas selesai tahlil,” menurut catatan itu.

Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini