comscore
Tumpuan :
Nasional

Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 500 penerima golongan miskin bandar pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO: Unit Foto JPM

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Aidiladha komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua penerima adalah isi rumah di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bandar kurang daripada RM2,589 sebulan.

“Sumbangan kotak makanan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengandungi barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak, gula, tepung, susu, minyak, bihun, mi segera, biskut, kordial dan sebagainya bagi meringankan beban golongan yang memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidiladha pada 17 Jun nanti,” menurut kenyataan itu.

Majlis anjuran bersama Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad: Penaung PUSPANITA, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Dipertua PUSPANITA, Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa turut menjunjung kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada penduduk Kuala Lumpur yang memerlukan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini