comscore
Tumpuan :
Nasional

Rantai emas selamat daripada diragut, wanita patah kaki 

 

KULAI: Seorang wanita patah kaki kanannya apabila penjenayah cuba meragut rantai lehernya, ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Senai Utama 3/3 di sini Sabtu lalu.

Kejadian dimaklumkan mangsa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Bor Yang.

Jelas Wong pihaknya menerima laporan tiga kejadian ragut berlaku tiga kali dalam tempoh enam bulan di kawasan Senai.

“Mangsa menceritakan kejadian malang menimpanya kepada saya, beliau pada ketika itu sedang menunggang motosikal dari Kampung Baru Senai ke Taman Senai Utama.

“Ketika mangsa tiba Jalan Senai Utama 3/3, secara tiba-tiba, penjenayah berniat untuk meragut rantai yang dipakainya di lehernya. Akibatnya mangsa terjatuh dari motor dan kaki kanannya patah, manakala penjenayah melarikan diri.

“Saya melawat melawat mangsa dan dimaklumkan beliau tidak dapat membuat laporan polis selepas kejadian kerana kecederaannya. Pejabat saya sudah menghubungi polis untuk datang ke rumah mangsa dan siapkan laporan, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan suspek.

Katanya kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, semasa mangsa berumur 55 tahun menunggang motosikal.

“Mangsa didatangi suspek yang tidak dikenali dari arah belakang.

Suspek cuba meragut rantai leher emas milik mangsa, namun tidak berjaya.

“Akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di hospital dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini