comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil

BALING: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Fakhrullah Mohamad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Jusoh Abdul Wahab bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi didapati, remaja lelaki itu masih hilang dan dikhuatiri lemas.

“Tindakan awal yang dilakukan adalah dengan melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang lokasi mangsa terjatuh dan di kawasan sungai itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd Jamil berkata, operasi ditangguhkan sementara berikutan keadaan malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun katanya pencarian di permukaan air mengunakan lampu suluh tetap dilakukan dari masa ke semasa di lokasi mangsa terakhir dikesan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini