comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga emas maut akibat ditekup

BALING: Lelaki warga emas yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam, kelemasan akibat ditekup dan kecederaan belakang Cervikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata ia hasil laporan bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan jerut di leher manakala kaki dan tangannya diikat dengan kain pelikat di atas katil rumahnya di Taman Desa Bidara.

Hasil rakaman CCTV di rumah jiran mangsa mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek keluar dari rumah berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan jam 3 pagi tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini