comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja antara terjebak ajaran sesat ‘Si Hulk’

Video tular

AYER KEROH: Ajaran sesat Suhaini bin Mohammad atau dikenali sebagai ‘Si Hulk’ dikesan masih aktif di beberapa lokasi di Merlimau, Melaka.

Lebih membimbangkan apabila golongan remaja turut terjebak dengan menjadi pengikut ajaran berkenaan.

Perkara itu didedahkan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil yang memberitahu kumpulan ajaran terbabit sedang dipantau Jabatan Agama Islam Melaka, JAIM di platform media sosial.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil

Datuk Abdul Halim berkata, selain penguatkuasaan, individu terbabit dengan ajaran sesat itu dikesan menerusi laporan daripada ahli keluarga yang bimbang dengan perbuatan menyeleweng daripada akidah.

“Kita kesan ada beberapa lokasi di merlimau kita dalam pemantauan lah ada beberapa remaja dan dewasa tak boleh sebutlah berapa nya dalam pemantauan kita dalam media sosial dan sebagaimana atau laporan daripada keluarga mereka sendiri yang melaporkan penglibatan anak2 atau suami  mereka dalam siasatan jabatan,” katanya ketika ditemui dalam Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

Menurut Datuk Abdul Halim lagi, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar pengikut ajaran tersebut mahupun latar belakang mereka.

Modus operandi ahli kumpulan ajaran sesat itu ialah menjalankan gerakan secara senyap dan tidak akan menzahirkan kegiatan mereka.

Tegasnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah memutuskan ajaran Si Hulk itu sesat dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Umat Islam dinegeri itu yang didapati terlibat dalam penyebaran ajaran sesat boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 19-91.

Loading...
Terkini