comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja dihanyut arus deras di Ulu Kimanis meninggal dunia

Pasukan kesihatan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. – FOTO: BBP Kimanis.

PAPAR: Seorang remaja lelaki yang diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, di sini, pagi tadi, meninggal dunia malam ini selepas enam jam bertarung nyawa.

Mangsa Muhamad Haiqal Irwan, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar, kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata sebaik diselamatkan oleh orang awam, mangsa segera diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dihantar ke Hospital Papar.

“Kira-kira jam 7.30 malam, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa dihanyut arus deras ketika mandi manda bersama keluarganya di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mangsa berjaya diselamatkan namun tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini