comscore
Tumpuan :
Nasional

 Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, dipengaruhi oleh kemerosotan harga minyak manakala mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mengukuh dalam persekitaran pesimisme am mengenai ekonomi global, kata penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4745/4780 pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti umum Hari Kemerdekaan. 

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Edward Moya berkata harga minyak mentah jatuh berikutan peniaga tenaga menjangka tempoh yang sukar untuk pertumbuhan global, sebahagiannya berikutan aktiviti perkilangan di China yang terus perlahan. 

“Harga minyak mentah telah diniagakan rendah berikutan pasaran minyak dilihat tidak begitu terhad lagi tetapi gelombang penurunan sebelum ini dijangka akan diikuti dengan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum,” katanya kepada Bernama. 

Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent merosot 2.84 peratus kepada US$96.49 setong.

Loading...
Terkini