comscore
Tumpuan :
Nasional

Rombakan kabinet: Kenapa Januari, bukan Disember? – PM

PUTRAJAYA: “Kenapa Januari, bukan Disember?”

Itu reaksi ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas ramalan Kabinet bakal dirombak Januari tahun depan .

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di sini, malam tadi.

Terdahulu, ramalan itu dibuat pada program podcast Keluar Sekejap dikendalikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan menampilkan tetamu jemputan iaitu bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

Ditanya pula mengenai prestasi jemaah menterinya selepas setahun mengemudi Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur.

“Alhamdulillah kita sedaya upaya seluruh pasukan dan Insya-Allah kita akan perbaiki (kekurangan). Dengan kekuatan baharu kita akan melonjak lebih tinggi,” katanya.

Spekulasi rombakan Kabinet mula tercetus selepas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Walaupun jawatan itu kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, ada pihak mengatakan portfolio berkenaan perlu diisi pemimpin kanan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai memenuhi kuota parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Malah, timbul desakan supaya Anwar yang kini memegang jawatan Menteri Kewangan, mewujudkan portfolio kedua bagi kementerian berkenaan untuk melancarkan lagi peranannya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini