comscore
Tumpuan :
Nasional

Rompakan kedai emas di Kajang, Klang Selatan dipercayai kumpulan berbeza

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyaksikan bekas Ketua Polis Daerah Kajang, SAC Mohd Zaid Hassan menyerahkan tongkat kuasa sebagai simbolik serah terima tugas kepada Ketua Polis Daerah Kajang yang baharu, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di IPD PDRM Kajang, Kajang.-Foto: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KAJANG: Kes rompakan kedai emas di Kajang dan Klang selatan dipercayai dilakukan dua kumpulan berbeza.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Buat masa ini masih belum ada tangkapan dilakukan namun kita percaya boleh kenal pasti suspek terbabit kejadian itu dalam masa terdekat.

“Dua insiden sebelum itu, juga rompakan kedai emas yang berlaku di Kajang dan juga satu di Klang Selatan, dua insiden itu polis percaya adalah daripada kumpulan yang berbeza,” katanya dalam satu sidang media di
bu Pejabat Polis Kajang (IPD), di sini, hari ini.

Pada jam 3.15 petang 17 Jun lalu, empat lelaki bertopeng dan bersenjata dipercayai merompak sebuah kedai emas dalam bangunan di sebuah pusat beli-belah, di sini.

Empat suspek terbabit dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini