comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Rumah, bengkel persendirian dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Ranau.

RANAU: Sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di hadapan simpang SK Lohan 1, di sini, petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan tujuh kenderaan yang dalam proses pembaikan musnah terbakar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.27 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wasli Saupin segera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, rumah dan bengkel serta tujuh kenderaan musnah sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini