comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah kedai musnah dalam kebakaran 

Oleh: Selwam Arjunan

SUNGAI PETANI: Sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Taman Aman, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, PBT Jasbir Singh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi.

Jentera pertama tiba lokasi di Jalan Pekan Baru empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai Kelas A dan anggaran kemusnahan 80 peratus dari keseluruhan rumah tersebut dan tidak melibatkan mangsa,”katanya dalam satu kenyataan.

Api dapat dikawal pada jam 10.21 pagi dan operasi tamat pada 11.41 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini