comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah kongsi pekerja asing di Tunjong hangus

 

KOTA BHARU: Tiga unit rumah kongsi didiami pekerja di tapak pembinaan bangunan kerajaan di Tunjong di sini, hangus dalam kebakaran petang tadi.Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, 300 buruh binaan majoritinya warga Bangladesh terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.22 petang berhubung kebakaran membabitkan kediaman berstruktur separuh kekal itu.

FOTO: Ihsan Bomba
FOTO: Ihsan Bomba

“Sepasukan 15 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, dua unit rumah kongsi itu sedang terbakar dengan api mula merebak ke unit yang ketiga.

“Rumah kongsi itu dibina dalam satu bangunan dan dibahagikan kepada lima unit yang didiami kira-kira 300 pekerja yang ketika itu kebanyakannya sedang bekerja.

“Dengan kepantasan anggota bomba, dua unit rumah kongsi dapat diselamatkan, manakala tiga lagi hangus 90 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainal Fitri berkata, faktor binaan daripada kayu dan zink serta cuaca panas dan berangin menyebabkan kebakaran cepat merebak.

Katanya lagi, kebakaran dapat dikawal dalam tempoh kira-kira setengah jam dan padam sepenuhnya jam 7.30 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini