comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah pusaka 100 tahun hangus terbakar

KUALA NERUS: Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka yang didiami berusia hampir 100 tahun hangus terbakar.

Kejadian berlaku  kira-kira jam 6.00 pagi tadi di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut mangsa, Ramadhan Awang, 38 tahun, ketika kejadian dia tiada di rumah.

Bagaimanapun, kakak dan abang iparnya serta anak lelakinya sempat menyelamatkan diri.

Setiba di lokasi dia terkejut melihat api marak dan mengesyaki punca kebakaran disebabkan litar pintas.

Mereka sekeluarga bersyukur kerana ketika kejadian ibunya yang uzur berumur 78 tahun tidak ada  di rumah berkenaan.

“Pelajar pelajar tahfiz kata semalam lagi telah bau hangit tak tahu punca dan memang ada kebakaran lepas itu api marak dan sepatutnya emak saya tidur di sini tapi semalam dia tidur rumah kakak”, katanya.

Sementara itu, Ketua  Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, tiga  jentera bomba bersama 32 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba  berjaya mengawal  kebakaran dalam masa setengah jam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini