comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA meriah

 

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA, di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang ibu negara meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum.

Terdahulu ia dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan kepimpinan kerajaan serta parti politik.

Selain dimeriahkan dengan tradisi menggaul ‘Yee Sang’, majlis turut disajikan dengan persembahan nyanyian dan tarian.

MCA dalam kenyataannya sebelum ini berharap agar penganjuran rumah terbuka itu dapat memberi peluang kepada masyarakat berbilang kaum untuk hadir dan berkongsi kegembiraan meraikan perayaan berkenaan.

Datuk Seri Anwar dalam pada itu, turut menzahirkan penghargaan kepada MCA terhadap penganjuran majlis berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Wee Ka Siong dan MCA dan saya mendoakan semuanya baik,” katanya kepada media sebelum meninggalkan majlis.

Ini merupakan tahun kedua Datuk Seri Anwar hadir ke majlis berkenaan, dimana tahun lalu merupakan kali pertama selepas lebih 25 tahun beliau tidak menjejakkan kaki ke Wisma MCA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini