comscore
Tumpuan :
Nasional

Rupa-rupanya penumpang Honda Odyssey, 3 ekor kerbau

Tiga ekor kerbau disumbat dalam semua motokar jenis Honda Odyssey berlaku di Kampung Bukit Serdang, dekat sini, pagi ini.-Foto ihsan IPD Bera.

BERA: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati Honda Odyssey yang ditemuinya di Kampung Bukit Serdang, di sini, hari ini, ‘disumbat’ dengan tiga ekor kerbau.

Lelaki berusia 50 tahun itu pada mulanya memeriksa kenderaan itu selepas curiga dengan keadaannya yang melintang di laluan pada jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkeflee Nasir berkata, pengadu segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan berwarna kelabu itu dalam keadaan melintang di tengah jalan.

“Terdapat tiga ekor kerbau yang ‘disumbat’ di bahagian tempat duduk belakang. Haiwan itu dalam keadaan tidak bermaya kerana disyaki kesan ubat pelali,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau pemilik yang kehilangan kerbau diminta segera menghubungi polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini