comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU ambil alih kuasa kawal selia elektrik dibentang pada sidang khas DUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membentangkan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan persekutuan pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Pembentangan RUU itu yang dijadual bermula jam 10 pagi tadi, selaras persetujuan kerajaan persekutuan pada tahun lalu untuk menyerahkan semula kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah mulai 1 Januari 2024.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik kepada Sabah, di Menara Kinabalu, di sini, 12 Jun tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata dua RUU serta satu pindaan enakmen berkaitan akan dibentang.

Dua RUU terbabit ialah RUU Enakmen Bekalan Elektrik dan RUU Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, manakala RUU pindaan dilakukan terhadap Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 berkaitan kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick yakin pembentangan RUU itu akan disokong sepenuhnya semua ADUN di negeri ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Madius Tangau menyifatkan, pemindahan kuasa kawal selia itu sebagai satu sejarah yang berulang kembali kepada Sabah.

“Sama ada kita akan berjaya atau sebaliknya, bergantung 100 peratus di tangan kita. Kita perlu melihat apakah mekanisme, model dan formula terbaik yang perlu dan boleh dilaksanakan untuk Sabah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini