comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sami ditahan, disyaki lakukan gangguan seksual 2 lelaki termasuk remaja

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang sami ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur semalam.

Suspek, 40, ditahan di rumahnya beberapa jam selepas laporan polis mengenai kejadian itu dibuat dua mangsa berusia 16 dan 21 tahun itu.

Sumber berkata, seorang daripada mangsa mengalami gangguan seksual sejak 2022, namun tidak menceritakannya kepada sesiapa kerana bekerja di kuil yang menjadi satu-satunya sumber pendapatannya.

“Selepas berhenti, mangsa melaporkan kejadian itu kerana bimbang keselamatan diri.

“Seorang lagi mangsa iaitu remaja bawah umur mendakwa mengalami serangan seksual bulan lalu dan membuat laporan polis kerana berasa tertekan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan itu dengan suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Mac ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini