comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SAR tanah runtuh diteruskan secara manual

Oleh: Syafiqah Damanhuri

CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 3 lagi mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Kampung Raja di sini diteruskan secara manual hingga jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, ia diputuskan hasil perbincangan dengan semua agensi terlibat dan cuaca yang baik pada sebelah petang.

“Terdapat cuaca baik pada sebelah petang SMART STORM ada pencahayaan yang baik. Jentera berat tidak boleh ke lokasi kerana tanah lembik, sempit dan curam.” katanya dalam satu sidang media.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abd Ghani berkata, pihaknya masih belum menemui laluan alternatif ke lokasi runtuhan.

“Ketika ini kerja mencari dan menyelamat gunakan kaedah manual. Jentera berat masih lagi negatif untuk bawak masuk.”

“Cuba kenal cari laluan lain, kita kenal pasti laluan lain tetapi setakat ini masih lagi negatif. Jadi kerja pencarian secara manual menggunakan cangkul.” katanya.

Setakat jam 5 petang tadi, kira-kira 50 peratus lokasi kejadian selesai dilakukan pencarian.

Namun fokus SAR dilakukan dengan mengorek dalam kawasan Sektor B dan Sektor C dengan kedalaman 5 kaki.

Terdahulu media melaporkan semua lima mangsa itu dikenal pasti warga Myanmar.

Mangsa pertama yang ditemui pada jam 3 pagi itu dikenali sebagai Haphey, 36 tahun.

Manakala satu lagi mayat ditemui pada jam 12.05 tengahhari tadi.

Runtuhan di kawasan kebun sayur itu membabitkan ketinggian 80 meter dari kaki bukit dengan tapak lokasi rumah pekerja yang tertimbus berada pada kedudukan 40 meter dari kaki bukit.

Anggaran kecerunan bukit runtuhan adalah antara 35 hingga 40 darjah.

Operasi SAR melibatkan kekuatan 84 bomba dan 30 pekerja kebun.

Anggota yang terlibat dalam operasi perlu berjalan kaki dan membawa alatan sejauh 3 kilometer dari pos kawalan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini