comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sarawak aktifkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah hadapi kemungkinan banjir

 

KUCHING: Sarawak telah mengaktifkan semua Jawatankuasa pengurusan Bencana peringkat Daerah dan Bahagiannya sebagai persediaan negeri itu untuk menghadapi musim peralihan Monsun Timur laut.

Ia bagi membolehkan sebarang penyaluran banatuan dan operasi berkaitan pemindahan mangsa banjir dapat dilaksanakan dalam kadar segera sebaik bencana alam terbabit melanda.

Timbalan Premier, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, setiap Jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan oleh Pegawai Residen telah dimaklumkan mengenai tindakan-tindakan perlu dilakukan ketika bencana terbabit berlaku.

FOTO: JBPM Sarawak

Ujarnya pemakluman itu akan memudahkan sebarang penyaluran maklumat berkaitan melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko dilanda banjir, jumlah penduduk dan jenis penyaluran bantuan yang diperlukan.

“Apa yang paling penting ialah semua pihak harus memainkan peranan masing-masing, contohnya Angkatan Pertahanan Awam yang mempunyai tenaga kerja 24 jam untuk diletakan dalam keadaan bersedia.

“Kebanyakan orang akan bertanya mengapa kerajaan perlu membayar otang hanya untuk bersedia tetapi adalah lebih baik kita dalam keadaan bersiap siaga kerana orang yang mengambil peperiksaan tidak belajar sehari sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pengajaran Awam (CLC) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Kuching.

Pusat terbabit yang pertama di Sarawak akan menjadi pusat khas bagi komuniti setempat, pelajar dan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu keselamatan kebakaran dan kebombaan.

FOTO: JBPM Sarawak
Loading...
Terkini