comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia 


PETALING JAYA: Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah di Berlin, Jerman semalam.

Antara yang terlibat adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM).

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Kelapangan waktu yang ada di Berlin saya gunakan untuk berdiskusi dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah.

“Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya peranan sarjana dan cabaran baharu dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat ini,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, pada pertemuan itu mereka turut membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya.

Datuk Seri Anwar kini dalam lawatan rasmi enam hari ke Jerman bermula 11 Mac lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini