comscore
Tumpuan :
Nasional

Saya akan jumpa beliau malam ini – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur malam ini berhubung isu klip video Howard Lee Chuan How membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Jelas Mohd Na’im, beliau akan bertemu dengan ahli parlimen DAP itu bagi mendapatkan gambaran sebenar dan penjelasan dalam satu pertemuan secara harmoni.

“Saya akan jumpa beliau (Howard) malam ini.

“Insya-Allah untuk bincang dari hati ke hati macam berdialog dengan kawan, sambil itu kita ambil peluang terangkan macam mana kedudukan al-Quran dalam Islam dan sebagainya,” katanya selepas Program Santun Kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) di Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Howard dikritik selepas video beliau memetik ayat al-Quran berhubung konsep taat kepada ulil amri dalam ayat 59, surah al-Maidah tular.

Howard turut mempersoalkan pendirian PAS ketika parti itu bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, ketika itu PAS menggalakkan orang bukan Islam menyelami maksud dan maqasid di sebalik al-Quran.

Seminggu kemudian, Howard tampil memohon maaf secara terbuka menerusi sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan, Ipoh, Perak selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Loading...
Terkini