comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Saya sedih, tiada lagi gurau senda seperti dulu – Tarmimi Siregar

Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Oleh: Fahmi Tajuddin

AMPANG: Pelakon Veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar menganggap persahabatan beliau dengan Allahyarham Datuk Hail Amir sejak tahun 1970 sebagai sebuah hubungan yang istimewa.

Mengenali Allahyarham Hail Amir sejak zaman bujang, Ahmad Tarmimi ketika ditemui Buletin TV3 dalam nada sebak memberitahu Allahyarham merupakan individu yang disenangi ramai.

“Sejak 1970, saya kenal arwah dari zaman bujang lagi. Arwah sangat mudah didekati dan disayangi ramai.

“Bila dah berkahwin, dan di hujung usia begini, masing-masing bawa haluan sendiri tetapi sesekali bertemu dalam program di luar,” katanya ketika ditemui di Masjid Ukay Perdana di sini.

Selain itu, beliau bekongsi mendapat perkhabaran keadaan sahabatnya itu semakin merosot sejak tahun lalu.

Sejak tahun lalu, Hail dah tak boleh memandu dah keadaan agak lemah. Dia ada penyakit jantung dan buah pinggang tetapi tidaklah serius,” katanya lagi.

Pelakon yang berusia 74 tahun itu juga akui terkilan dan sedih kerana tidak lagi dapat bersua dan bergurau senda bersama Allahyarham Hail.

Allahyarham Datuk Hail Amir akan dikebumikan di Tanan Perkuburam Islam Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 11 pagi nanti.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini