comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 kilang musnah dalam kebakaran 

Foto: Ihsan Bomba

PETALING JAYA: Dua kilang di kawasan perindustrian Kepong di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Difahamkan kebakaran membabitkan kilang alat ganti motosikal dan kilang percetakan.

Timbalan Pengarah Bomba Kuala Lumpur Penolong Pesuruhjaya Bomba Rozihan Anwar Mamat memaklumkan seorang mangsa dilaporkan cedera.

Katanya panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima jam 10.13 pagi.

Justeru 50 anggota dengan lima jentera dari BBP Jinjang, Gombak Selatan, Seri Hartamas, Hang Tuah dan Wangsa Maju dikerah ke lokasi kejadian.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 12.36 tengah hari.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini