comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebuah lagi kedai KK Mart diserang dengan molokov cocktail

Ketua Polis Daerah Kuching, Assisten Komisioner Ashmon Bajah.

KUCHING: Sebuah lagi kedai KK Mart diserang dengan molokov cocktail semalam.

Kejadian terbaharu itu berlaku di cawangan kedai itu di Jalan Satok di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Assisten Komisioner Ashmon Bajah dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja kedai itu pada hari kejadian (semalam).

“Dalam insiden itu, satu karton air minuman yang diletakkan di depan kedai terbakar selepas dibaling dengan molokov cocktail.”

Ashmon memaklumkan polis masih giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Serangan di kedai itu adalah yang ketiga seumpamanya dilaporkan di cawangan KK Mart di negara ini selepas serangan sama di Kuantan dan Perak.

Desakan meningkat supaya penduduk memboikot rangkaian kedai itu selepas tersebar imej sepasang stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dikatakan dijual di kedai KK Super Mart di Bandar Sunway di Selangor.

26 Mac lalu, pengasas rangkaian kedai KK Mart dan syarikat yang mengeluarkan stoking tertera kalimah ‘Allah’ diheret ke mahkamah atas pertuduhan telah menyinggung perasaan umat Islam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini