comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sembilan gerai makan di Dataran Teluk Kemang terbakar

SEREMBAN: Sembilan gerai makan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson di sini malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.16 malam.

“Setiap gerai berkeluasan 10×10 kaki persegi dan daripada sembilan gerai berstruktur kayu yang terlibat itu, empat daripadanya musnah 100 peratus manakala lima lot lagi terbakar 25 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini.– BERNAMA

Loading...
Terkini