comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua inisiatif Pakej Perpaduan dijenamakan sebagai Pakej Rahmah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Inisiatif Pakej Perpaduan yang dilaksanakan  Kementerian Komunikasi dan Digital kini dijenamakan sebagai Pakej Rahmah.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata, penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.

”Sebagai memperingati jasa beliau dan meletakkan konsep rahmah atau kasih sayang pada tahap lebih jelas, ada kewajaran untuk beralih daripada konsep perpaduan kepada konsep kasih sayang.

“Ini juga akan meletakkan konsep rahmah sebagai inisiatif nasional kepada kumpulan sasar, khususnya B40,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di Pusat Konvensyen Leo Moggie di sini, hari ini.

Menerusi pakej ini, rakyat yang layak akan dapat menikmati akses Internet Jalur Lebar Tetap dengan kelajuan 100 Mbps berserta harga yang lebih murah berbanding pakej semasa di pasaran

Loading...
Terkini