comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Semua kerja penyelenggaraan di lebuhraya utama dihentikan seketika

 

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya mengarahkan syarikat-syarikat konsesi pembinaan jalanraya supaya memberhentikan seketika kerja-kerja penyelenggaraan untuk melancarkan perjalanan masyarakat pulang ke kampung bersempena perayaan Aidilfitri minggu ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan pemberhentian sementara ini bermula 18 April sehingga 7 Mei dan ianya telah mendapat persetujuan bersama syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalanraya.

“Kerja-kerja itu memang perlu untuk memastikan jalanraya berada di dalam keadaan terbaik untuk digunakan tetapi kita tangguh dulu supaya tidak menganggu perjalanan pengguna perayaan Aidilfitri”

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ujar beliau lagi, pemberhentian sementara kerja-kerja penyelenggaraan turut dilaksanakan di Lebuhraya Persekutuan namun bergantung kepada keadaan.

“Kita tengok kalau ada keperluan kerja-kerja itu diteruskan, ia akan diteruskan kerana ia boleh mengundang bahaya jika tiada penyelenggaraan dilakukan”

Datuk Seri Alexander Nanti Linggi turut menyatakan beliau menyambut baik inisiatif Kerajaan Perpaduan atas pengumuman pemberian Tol Rahmah Percuma selama 4 hari bermula esok (19 April) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin).

Sebanyak 33 lebuhraya terlibat dengan inisatif pemberian Tol Rahmah ini antaranya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lebuhraya KL-Karak(KLK).

Loading...
Terkini