comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua pasar raya perlu ambil iktibar isu hina Islam

FOTO: NSTP

SUNGKAI: Semua pasar raya di negara ini perlu mengambil iktibar kecuaian pasar raya KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, perkara berkenaan tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak.

“Walaupun pihak KK Mart memohon maaf, namun ia bukan isu ringan. Ini bukan hanya isu agama tapi satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Warga FELDA di MRSM FELDA Trolak.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Sharif.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, isu stoking dengan kalimah Allah yang dijual di KK Mart tersebut terkelas dalam isu 3R iaitu melibatkan isu tersangkut agama (religion), raja (royal) dan kaum (race).

“Ada yang mengambil ringan, mengambil kesempatan dan kita mesti menyelesaikan dengan segera agar tidak disalah tafsir.

“Kita tidak mahu isu ini ditunggangi oleh mereka yang berkepentingan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini