comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seorang lemas, lapan terselamat bot pelancong karam

 

SEMPORNA: Seorang pelancong warga asing lemas apabila bot yang dinaiki bersama sekumpulan lapan rakan lain karam di kawasan perairan Pulau Timba-Timba, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya bagaimanapun hanya menerima laporan  insiden itu jam 4 petang.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia seorang lelaki berusia 38 tahun manakala lapan lagi berjaya diselamatkan.

Bot membawa sembilan pelancong warga asing karam di kawasan perairan Pulau Timba-Timba, dekat sini, pagi semalam. – Foto Ihsan PDRM.

“Berikutan itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan sementara perintah tahanan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd Farhan menasihatkan semua pengusaha pelancongan termasuk pemilik dan pengendali bot supaya mengutamakan aspek keselamatan seperti pemakaian jaket serta peralatan kecemasan.

Loading...
Terkini