comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seorang maut, empat cedera lori tangki rempuh bas henti-henti di Chaah, Labis

LABIS: Seorang kanak-kanak penumpang bas henti-henti maut apabila kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di bandar Chaah, di sini, pagi tadi.Dalam nahas kira-kira jam 7.10 pagi itu, kanak-kanak lelaki, 10, disahkan meninggal dunia ketika sedang diberikan rawatan di sebuah klinik Kementerian Kesihatan (KKM) berhampiran.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labis, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hairishah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.13 pagi.

@buletintv3 Seorang kanak-kanak maut, empat yang lain cedera dalam kemalangan babitkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Chaah, Labis, Johor pagi tadi. #beritaditiktok #buletintv3 #kemalangan #lori #bas #labis ♬ original sound – BuletinTV3

Sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis dibantu BBP Yong Peng dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah bas Hino henti-henti membawa 3 penumpang yang dipercayai baharu keluar simpang berhampiran sebuah lampu isyarat dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah lori tanker Tata dari arah Chaah ke Yong Peng,” katanya.

Seorang penumpang wanita berusia 45 juga ibu kepada kanak-kanak yang maut mengalami patah kaki kanan sementara seorang lagi wanita, 23 sakit di bahagian dada serta sesak nafas.

Foto ihsan JBPM Labis

Bomba kemudian segera melakukan operasi bagi mengeluarkan mangsa yang cedera daripada dua kenderaan itu.

Kedua-dua pemandu (lori tangki dan bas) masing-masing berusia 65 dan 62 tahun mengalami kecederaan parah di kepala.

Foto ihsan JBPM Labis

“Mangsa kanak-kanak yang berjaya dikeluarkan serta parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM tidak lama kemudian,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Foto ihsan JBPM Labis
Loading...
Terkini