comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, seorang parah, dua motosikal bertembung 

Keadaan motosikal mangsa kemalangan di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Jeli berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto di sini, semalam. Foto Ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Gua Musang-Jeli, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto kira-kira 8.20 malam.

Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang akibat cedera parah di bahagian badan, tangan dan patah kaki.

Manakala, seorang lagi mangsa berusia 19 tahun pula cedera di kepala dan patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 33 tahun dipercayai mahu pulang ke rumah selepas membeli telur ayam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah Jalan Gua Musang-Jeli.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau 013-3010408 bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini