comscore
Tumpuan :
Nasional

Serah kepada MITI isu kedudukan Malaysia dalam WRC 2024 – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memberikan penjelasan berhubung kejatuhan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.

Laporan itu sebelum ini dikeluarkan menerusi Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MITI juga telah mengambil maklum berhubung perkara berkenaan dan akan memberi penjelasan lanjut mengenai kedudukan itu.

“Jadi beri sedikit masa kepada pasukan MITI untuk mengkaji apa yang dimaksudkan dan apa yang berlaku.

“Realitinya tahun ini kita menyaksikan jumlah pelaburan yang sangat tinggi terutama dalam sektor semikonduktor, sektor data center dan juga dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Jadi kita perlu menyerahkan kepada MITI untuk menjawab dengan lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran MCMC Microsoft AI Teach: Skills for AI-enabled economy hari ini.

Menerusi laporan berkenaan, Malaysia dilihat berada pada kedudukan ke-34 daripada 67 negara dan keempat dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Sebelum ini, Tengku Zafrul menyatakan akan mengemukakan butiran lanjut berhubung apa yang dikeluarkan pihak IMD.

Memetik laporan berkenaan juga, ia menyatakan, Malaysia perlu mengejar hampir semua bidang yang dinilai, termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini