comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 suspek termasuk warga Singapura direman tujuh hari

 

PASIR GUDANG: Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, direman tujuh hari.

Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini mulai hari ini sehingga Jumaat ini (24 Mei).

FOTO: FAIL NSTP

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang hadir ke IPD akan mewakili individu ditahan.

Menurut seorang peguam, mereka mewakili enam individu tempatan berikutan tiada peguam yang dilantik.

“Bagaimanapun, kami tidak mewakili warga Singapura yang ditahan,” katanya ketika ditemui media di IPD Seri Alam di sini hari ini.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan semalam susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi semalam.

Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Anggota polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini