comscore
Tumpuan :
Nasional

Serangan harimau di Royal Belum, kes ke-7 sejak 3 tahun

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kejadian serangan harimau belang yang menyebabkan seorang lelaki cedera di Taman Negeri Royal Belum, Perak, kelmarin, adalah kes ketujuh dilaporkan dalam tempoh kurang tiga tahun.

Peningkatan kes serangan harimau belang terhadap manusia hingga mengakibatkan kematian terutama di Kelantan dan Perak diberi perhatian serius Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, peningkatan kes serangan harimau belang di negara ini berpunca habitat yang semakin mengecil.

Katanya, guna tanah atau pencerobohan tanah tanpa kawalan menjadi punca utama harimau belang menjadi ganas, keluar dari habitat asal dan menceroboh kawasan penempatan manusia.

“Pencerobohan hutan atau saiz hutan semakin kecil turut mengakibatkan haiwan yang menjadi makanan harimau belang berkurangan. Ini juga antara faktor harimau belang menjadikan manusia sebagai sasaran,” katanya.

Sebelum ini Pengarah Wildlife Conservation Society (WCS) Malaysia, Dr Mark Rayan Darmaraj memaklumkan penurunan populasi babi hutan menjadi antara faktor harimau semakin mengganas hingga berani menyerang manusia dan haiwan ternakan di sesebuah kawasan.

Loading...
Terkini