comscore
Tumpuan :
Nasional

SESB tutup beberapa ‘feeder’ akibat banjir yang melanda di Penampang 

KOTA KINABALU: Pihak Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) menutup peti pembekal (feeder) di beberapa kawasan di Penampang, susulan banjir yang melanda daerah itu.

Dalam perkongsian di Facebook rasminya SESB Careline memaklumkan tindakan itu demi keselamatan pengguna dan orang ramai juga dinasihatkan tidak mendekati kawasan pepasangan SESB.

“Pihak SESB telah menerima laporan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh ekoran hujan lebat yang berterusan sejak tengahari tadi di beberapa daerah.

“Pihak SESB sedang bertungkus lumus untuk memulihkan bekalan kepada kawasan yang terjejas, di samping sentiasa menjaga keselamatan semasa bekerja,” ujar kenyataan itu.

Turut terjejas ialah sekitar beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Kiulu dan Tuaran.

“SESB memohon maaf atas segala kesulitan dan menjangkakan ada sedikit kelewatan pembaikan bekalan kerana banyak laluan ditenggelami air atau keadaan banjir tidak membenarkan pihak SESB untuk lakukan pembaikan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, di Kiulu pula, bekalan elektrik di sekitar Jalan Tompinahaton dan sekitarnya terjejas akibat tanah runtuh yang menyebabkan pokok tumbang dan terkena pada talian voltan tinggi SESB.

Dua tiang talian voltan tinggi di Jalan Bingaliu Lokub, Kiulu juga terjejas akibat tanah runtuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini