comscore
Tumpuan :
Nasional

Silat Cekak semarakkan perpaduan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. – Foto ihsan

Oleh: Abdullah Sani

KUALA LUMPUR: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia telah berjaya mendekatkan pelbagai lapisan masyarakat melalui Program Semarak Seni Silat Warisan Kita di  perkarangan sebuah Kompleks membeli belah di ibu negara, semalam.

Pada kali ini, PSSCM  mempelbagaikan pendekatan perlaksanaan program dengan menetapkan konsep riadah santai sebagai tema program.

Aktiviti di dalam program adalah persembahan pemuzik jalanan (Buskers) dari kumpulan Genji Buskers, demonstrasi  oleh Persatuan Adithada WPKL (Silambam), Classic Wushu Academy (Wushu) dan Silat oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. – Foto ihsan

Pada program ini juga pengunjung berpeluang mengenali lebih rapat Seni Silat Cekak Malaysia melalui peluang berinteraksi dan mempelajari seni mempertahankan diri dengan perkongsian kaedah tangkisan dan Senam Ta Ba Ta silat iaitu senaman yang mengandungi pergerakan Seni Silat Cekak Malaysia.

Kemuncak acara adalah Pelancaran Logo Baharu PSSCM oleh  Datuk Maideen  Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Tunku Dato’ Prof. Sr. Dr. Fauzi Abdul Malek Al-Haj Timbalan Penaung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

“Logo baharu ini adalah satu inovasi PSSCM bagi menyesuaikan dengan zaman. Ini merupakan penambaikan lanjutan dari Seni Silat Cekak Malaysia yang pada hari ini berusia 58 tahun dan dinaungi oleh KDYMM Sultan Kedah,” ujar Datuk Maideen Kadir Shah.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. – Foto ihsan

Tambah beliau, tulisan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di dalam bulatan kuning mengelilingi lambang sedia ada adalah simbolik bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merupakan Pemilik Mutlak Seni Silat Cekak.

Dianggarkan hampir 500 pengunjung hadir dan tidak berganjak menyaksikan persembahan dan mereka jelas teruja menonton secara dekat penampilan tiga seni bela diri yang  menyajikan gerakan-gerakan yang menarik.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. – Foto ihsan

Demografi pengunjung yang hadir dari pelbagai kaum, kategori masyarakat dan peringkat umur nyata berjaya menyemarakkan  semangat perpaduan seiring dengan konsep Madani negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini