comscore
Tumpuan :
Nasional

Simbah asid: Faisal alami kelecuran tahap dua

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan megesahkan menerima laporan berhubung insiden pemain kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid.

Dalam kenyataan hari ini, polis menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan kecemasan 999 pada jam 5.52 petang, memaklumkan kejadian tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Pada jam 5.52 petang tadi, polis Petaling Jaya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan kecemasan 999 bahawa seorang pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair dipercayai asid.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi memaklumkan Faisal mengalami kelecuran tahap dua.

“Keadaan beliau stabil namun mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

“Susulan serangan asid terhadap saudara Faisal Halim di sebuah kompleks beli belah petang tadi, saya telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa saudara Faisal kini sedang dirawat di hospital,” katanya

Tegas Najwan, tindakan pelaku itu dikecam sekeras-kerasnya dan perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera,” jelasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini